Monday 12 December 2011

Monday 28 November 2011

MAJLIS ANUGERAH 2011 SK PULAU MANIS

Pada 15 November 2011 pihak sekolah telah mengadakan satu majlis anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang akademik dan juga pelajar cemerlang kokurikulum. Majlis diadakan  di dewan SK Pulau Manis pada jam 8.30 pagi. Ibubapa mendaftarkan diri pada jam 8.30 pagi. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG  SK Pulau Manis En Tahir bin Ismail. Turut hadir pada majlis anugerah ialah En.Jusoh,AJK PIBG SK Pulau Manis danWakil PPDKT En Wan Zit. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zulfitri bin Embong.

ibubapa turut hadir pada majlis anugerah pelajar cemerlang




Antara tetamu VIP yang hadir


Suasana dan gelagat murid SK Pulau Manis ketika berada dalam dewan.


  

Pengacara majlis Puan Roslah dan Puan Azizah

Ustaz Ahmad Zulfitri membaca doa sebagai pembuka majlis

Adik Amirul Farhan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Guru Besar SK Pulau Manis En Mohd Noor memberi ucapan.


En Wan Zit, Wakil dari PPDKT memberi ucapan.


YDP PIBG En Tahir bin Ismail merasmikan majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011.

Tahniah Nur Ahda Nazihah bt Ahmad, penerima anugerah pelajar cemerlang akademik 2011.

Tahniah Muhammad Aiman bin Mohd pelajar cemerlang kokurikulum 2011.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG  En Tahir bin Ismail.


Guru Besar Menyampaikan Cenderahati kepada wakil PPDKT En Wan Zit.



PERSEMBAHAN MURID SK PULAU MANIS PADA HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011
Murid tahun 2 membuat persembahan bertajuk "wheel on the bus"


Murid tahun 3 membuat persembahan tarian lenggang kangkung.



Murid Pra Bestari membuat persembahan Jong jong inai.


Murid tahun 6 menyanyikan lagu Satu Malaysia.


Murid tahun 6 2011 SK Pulau Manis,





Monday 12 September 2011

PEPERIKSAAN UPSR 2011

Salam dan selamat pagi semua..

Pada hari ini (13 Sept 2011-selasa), Murid tahun 6 akan menjawab soalan UPSR. Kami guru-guru SK Pulau Manis, kakitangan sokongan, kakitangan swasta dan juga EIO mendoakan kejayaan anak-anak sekalian, Sesunguhnya tiada hadiah yang paling berharga melainkan kejayaan anak-anak, Semoga murid SK Pulau Manis dan juga semua murid tahun 6 dapat menjawab soalan dengan tenang. Amin..

Saturday 10 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK PULAU MANIS

Pada 6 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri disekolah SK Pulau Manis. Syukur kehadrat Ilahi, majlis dapat dijalankan dengan lancar, Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan juga PIBG sekolah.





Suasana ketika didalam dewan SK Pulau Manis ketika Sambutan Aidilfitri.



Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Suhaimi bin Mohd Noor

Ustaz Zulfitri bin Embong membaca doa sebelum memulakan majlis

Guru Besar, Puan Hjh Siti Hamidah bt Khalib memberi ucapan sempena majlis sambutan aidilfitri

Gelagat murid didalam dewan.



Murid Pendidikan Khas turut memeriahkan majlis.

Persembahan lagu hari raya oleh murid tahun 4 cerdik SK Pulau Manis.


Guru Besar memberi ucapan ringkas.




Saturday 27 August 2011

~~SALAM AIDILFITRI~~


Salam Aidilfitri  untuk semua warga SK Pulau Manis dan juga pembaca blog ini, Mohon seribu kemaafan sekiranya ada salah dan silap,

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SK PULAU MANIS DAN PIBG SEKOLAH

Pada 18 Ogos 2011- Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama murid-murid dan PIBG sekolah, majlis dimulakan pada pukul 6.00 petang dan dimulai dengan majlis Khatam Qur'an. Dengan berkat Ilahi, majlis ini  berjalan dengan lancar, Majlis ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga sekolah dan juga PIBG.




Suasana didalam dewan ketika majlis Khatam Qur'an.


Ibubapa turut membantu bagi melancarkan majlis.


Murid-murid beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan yang telah disediakan.



Gelagat murid-murid SK Pulau Manis  ketika berada didalam dewan.



Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniNya, Majlis berbuka puasa antara warga sekolah dan PIBG dapat diadakan pada tahun ini dengan jayanya. Dengan hidayahNya, majlis yang mulia ini dapat diadakan pada tahun seterusnya.. :)





Tuesday 16 August 2011

OTI 4 BITAUFIQ WANNAJAH

             Pada  14/08/2011 - 16/08/2011 peperiksaan OTI 4 telah di jalankan,semua guru SKPM mendoakan semoga murid-murid SKPM yang menduduki peperiksaan OTI 4 kali ini dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan mendapat keputusan yang cemerlang..InsyaALLAH!!!

 



Thursday 11 August 2011

PROGRAM IHYA' RAMADHAN



Ustazah Zubaidah sedang memberi tazkirah Ramadhan
  

Pelajar SKPM sedang khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan
 

 
                Pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini unit Panatia Pendidikan Islam SKPM telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan.Di antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah selepas bacaan yaassin waktu pagi,diadakan tazkirah ringkas yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah.Kemudian di waktu rehat untuk tahap 1 diadakan tadarrus surah-surah lazim,dan untuk tahap 2 tadarus Al-Quran.Semoga warga SKPM dapat mengambil faedah dengan program yang diadakan ini,dan semoga warga SKPM semangat untuk mengumpul pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini..AMMIINNN!!!

Tuesday 9 August 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG SKPM

Bengkel blog PKGManir

Semua sekolah-sekolah dibawah PKG Manir berkumpul hari ini untuk belajar bagaimana hendak membuat blog sekolah masing...Sk Pulau Manis melangkah maju setapak kehadapan  lagi untuk hari ini.....huhuhuhu