Salam Aidilfitri untuk semua warga SK Pulau Manis dan juga pembaca blog ini, Mohon seribu kemaafan sekiranya ada salah dan silap,
Saturday, 27 August 2011
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SK PULAU MANIS DAN PIBG SEKOLAH
Pada 18 Ogos 2011- Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama murid-murid dan PIBG sekolah, majlis dimulakan pada pukul 6.00 petang dan dimulai dengan majlis Khatam Qur'an. Dengan berkat Ilahi, majlis ini berjalan dengan lancar, Majlis ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga sekolah dan juga PIBG.
Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniNya, Majlis berbuka puasa antara warga sekolah dan PIBG dapat diadakan pada tahun ini dengan jayanya. Dengan hidayahNya, majlis yang mulia ini dapat diadakan pada tahun seterusnya.. :)
Suasana didalam dewan ketika majlis Khatam Qur'an.
Ibubapa turut membantu bagi melancarkan majlis.
Murid-murid beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan yang telah disediakan.
Gelagat murid-murid SK Pulau Manis ketika berada didalam dewan.
Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniNya, Majlis berbuka puasa antara warga sekolah dan PIBG dapat diadakan pada tahun ini dengan jayanya. Dengan hidayahNya, majlis yang mulia ini dapat diadakan pada tahun seterusnya.. :)
Tuesday, 16 August 2011
OTI 4 BITAUFIQ WANNAJAH
Pada 14/08/2011 - 16/08/2011 peperiksaan OTI 4 telah di jalankan,semua guru SKPM mendoakan semoga murid-murid SKPM yang menduduki peperiksaan OTI 4 kali ini dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan mendapat keputusan yang cemerlang..InsyaALLAH!!!
Thursday, 11 August 2011
PROGRAM IHYA' RAMADHAN
![]() |
Ustazah Zubaidah sedang memberi tazkirah Ramadhan |
![]() |
Pelajar SKPM sedang khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan |
Pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini unit Panatia Pendidikan Islam SKPM telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan.Di antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah selepas bacaan yaassin waktu pagi,diadakan tazkirah ringkas yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah.Kemudian di waktu rehat untuk tahap 1 diadakan tadarrus surah-surah lazim,dan untuk tahap 2 tadarus Al-Quran.Semoga warga SKPM dapat mengambil faedah dengan program yang diadakan ini,dan semoga warga SKPM semangat untuk mengumpul pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini..AMMIINNN!!!
Tuesday, 9 August 2011
Bengkel blog PKGManir
Semua sekolah-sekolah dibawah PKG Manir berkumpul hari ini untuk belajar bagaimana hendak membuat blog sekolah masing...Sk Pulau Manis melangkah maju setapak kehadapan lagi untuk hari ini.....huhuhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)